Wednesday, April 30, 2008

Black Metal ?

Cuba bandingkan apa yang anda telah tahu mengenai Black Metal dengan hasil tulisan ini...

Apakah itu Black Metal?

Black Metal adalah salah satu pecahan kepada genre Metal yang sedia ada ,sama seperti Thrash,Death,Gothic@Doom,Metalcore dan Power.Black Metal diaktifkan,dipopularkan di Norway dan dikembangkan ke semenanjung Scandanavia.Mengikut sejarah, band pelopor Black Metal di sana ialah Mayhem yang telah diasaskan oleh seorang pemuda bernama Oysten@Euronymous dengan menghasilkan demo yang pertama bertajuk "Pure Fu%#ing Armageddon" pada 1986.Pada ketika itu istilah Black Metal masih belum wujud lagi,hanyalah pada awal 90an setelah kewujudan Darkthrone dan Emperor yang secara tidak sedar telah menjana satu revolusi genre muzik sejenis yang digelar "Black Metal".Black Metal masih belum lagi menemui soundnya yang tersendiri sebelumnya revolusi dan banyak meminjam corak permainan gitar dan vibe Heavy,Thash dan Death Metal yang sememangnya sudah popular pada zaman itu seperti Mercyful Fate,Destruction dan Black Sabbath.Cuma ,apa yang disifatkan sebagai Black disini adalah propaganda dan sentimen yang disampaikan melalui liriknya yang berkisar tentang antiCristianity dan paganism.

Bagaimana Black Metal dikategorikan?

Pertama ialah berdasarkan konsep dan tema.Ia dipecahkan kepada 2 iaitu Ordinary Black Metal dan Pagan Black Metal.Pagan Black Metal adalah sejenis subgenre yang paling ekstrem dan pesimistik kerana versa puisinya yang memfokuskan kepada fahaman antiChristianity dan satanism.Jenis kedua pula ialah Ordinary Black Metal yang bersifat lebih terbuka dari aspek lirik dan mesej tetapi masih lagi tertakluk pada atmosfera kegelapan dan tidak semestinya berunsurkan antiChristianity dan satanism.Sebagai contohnya mitos-mitos pontianak,vampire,kegelapan dan kesejukan hutan dan musim ais dan perihal emosi-emosi gelap manusia.
Kedua, ialah berdasarkan aspek muzikal (sound,riffing,style permainan gitar).Kalau begini ia boleh dipecahkan kepada 2 juga iaitu Ordinary Black Metal dan Viking/Folk Black Metal.Black Metal Biasa, hanya menggunakan instrumen-instrumen asas sahaja (drum,gitar,bass),tiada sebarang sound efek tambahan digunakan untuk mengiringi lagu.Lain pula dengan Viking Black Metal kerana jenis ini lebih kreatif dan inovatif.Keberatan dan pattern asas Black Metal dikekalkan tetapi ditambah dan dicampuradukkan dengan sound daripada synthesizer,keyboard,orchestra/choir dan juga bunyian alatan muzik tradisional Viking seperti flute dan cello yang mana akan menghasilkan stau kombinasi Metal yang berat dan harmonik.Gabungan modern keras dan klasik tradisionalnya dapat membawa khayalan pendengar seolah-olah berada di zaman Lord Of The Ring atau Conan The Barbarian.

Apakah Perbezaan Black Metal Dulu dan Sekarang?

Kini, Black Metal sudah menemui pattern sound yang tersendiri iaitu bunyian bising gitar yang ternyata berbeza daripada Heavy,Thrash dan Death yang sememangnya mempunyai style sound masing-masing.Maka kini,kita boleh melabel Black Metal berlandaskan aspek muzikalnya iaitu corak bunyian gitarnya yang unik.Oleh itu tidak benar dan tidak tepat jika seseorang hanya melabel Black Metal sebagai genre yang sempit yang menonjolkan mesej antiChristianity dan satanism semata-mata.Muzik Balck Metal sekarang adalah lebih muzikal eksperimental dan mempunyai skop lirik yang lebih luas.Malangnya sound pattern antara Black Metal,Thrash dan Black hanya dapat dibuktikan melalui pendengaran yang teliti sahaja.Demi pemahaman yang tepat,lebih baik kita melihat Black Metal itu adalah sejenis Muzik yang dibina daripada manifestasi bunyian dan bukannya berasaskan ideologi sempit.Maksudnya,kita boleh mendengar muzik Black Metal,mengkaji dan mencontohi kreativiti muzikalnya tetapi bukan mengambil dan mencontohi fahaman dan propaganda sesat mereka.Pegang pada jatidiri sendiri.

**This article is according to my reading,knowledge and opinion. Other people may have different opinions and perspectives. Everything depends on how do you see and think.