Wednesday, April 30, 2008

Pendengar Metal Tidak Semestinya Sesat

Penulis telah lama mendengar pelbagai lagu Metal dari pelbagai genre dari Heavy,Thrash hinggalah ke Black Metal.Sebut sahaja antara nama band Black Metal, banyak juga yang Penulis pernah dengar.Sepanjang 5 tahun hingga kini mendengar muzik dari band-band Black Metal dari luar Negara, secara jujurnya,tidak pernah lagi Penulis terfikir untuk melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah Islam apatah lagi perbuatan terkutuk memijak Al-Quran dan melakukan seks rambang jauh sekali, kerana Penulis sedar bahawa akibat perbuatan sedemikian, diri Penulis juga akan malu dan terhina oleh masyarakat.Tidak dinafikan ada unsur-unsur yang tidak sesuai di dalam lagu-lagu mereka,tetapi apa yang Penulis dengar diibarat ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’ dan ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.Mesej yang sudah pasti memudaratkan diri,apa guna diikut?Orang yang tidak mahu berfikir rasional sahaja berbuat demikian.Muzik Black Metal tanpa segala amalan yang menyesatkan itu adalah bersih sebenarnya.Ia mempunyai aspek kreativiti muzik.

Kadangkala band-band Metal tersebut memasukkan unsur sedemikian hanya untuk gimik kotor sahaja dan bukannya untuk dipraktikkan betul-betul.Ada juga kadangkala tidak menyuruh pun peminat-peminatnya di serata dunia melakukan ritual sesat tertentu.Apa yang sering berlaku ialah wujud segolongan peminat yang sengaja mencipta ritual tertentu bagi menunjukkan ketaksuban.Mungkin juga kerana mereka sememangnya memuja syaitan sekian lama.Golongan ini lah yang sebenar-benarnya sesat dan menyesatkan dan golongan sesat ini kemungkinan besar hanyalah 10 daripada 100 peratus peminat Metal. 90 peratus yang lain hanyalah peminat biasa yang hanya ketagih pada keunikan kebisingan muzik Metal dan bukannya pada sentimen lirik.Mereka masih mampu berpegang pada prinsip kehidupan yang asal ketika dan selepas mendengar lagu-lagu Metal tersebut.Mereka tidak tergamak untuk melakukan perkara yang menjijik dan memalukan diri sendiri.Contohnya adalah Penulis sendiri.

Kita rujuk balik budaya gothic yang biasa diamalkan oleh peminat-peminat muzik Metal.

Pertama, celak hitam di mata bukan hanya dipakai oleh so-called pengikut Black Metal, malah juga boleh ditemui pada peminat muzik Punk dan Hardcore.Anda mesti pernah dengar band pop punk terkenal iaitu AFI,Green Day, My Chemical Romance,kesemua vocalist mereka sentiasa memakai celak hitam pekat di mata ketika membuat video klip atau persembahan pentas. Ini menolak andaian kononnya celak hitam adalah satu simbol kesesatan Black Metal. Muzik Pop Punk tiada menggunakan sentiment anti-agama,kenapa mereka juga memakainya?

Cincin hitam,Gelang hitam,Wrist-band hitam,Spike atau Button Spike juga bukan hanya dipakai oleh so-called pengikut Black Metal.Peminat muzik Punk dan Hardcore juga gemar memakainya,malah orang awam biasa juga memakainya. Ia semua tidak menyimbolkan apa-apa maksud kesesatan. Cuma ia adalah sesuai dengan attitude semua genre muzik Rock yang sinonim dengan ‘rebel,anti-establishment,musically brutal (noisy)’

Pakaian hitam kononnya adalah pakaian rasmi Black Metal, sedangkan di luar sana ramai lagi orang awam yang tidak Metal gemar memakai pakaian hitam.Sebenarnya, hitam gemar dipakai oleh sesiapa sahaja yang berpersonaliti introvert,rebel dan terpinggir ataupun ingin menampilkan imej 'brutal'. Pakaian hitam juga sering dipakai oleh band-band Punk dan Hardcore yang langsung tidak mengamalkan anti-agama seperti Blink 182,New Found Glory dan lain-lain.

Ajaran sesat Ayah Pin contohnya, tidak ada sebarang kaitan pun dengan muzik mahupun Black Metal, namun ia begitu berjaya menarik dan menyesatkan ramai orang Islam.Orang-orang yang terpengaruh tersebut bukannya calang-calang,ada yang bergelar jurutera,peniaga dan guru.Yang peliknya, orang awam biasa yang tidak setinggi mana pendidikan agama seperti kita tidak pernah terlintas di hati pun untuk terlibat dalam syirik dan khurafat seperti itu.Fikirkan.

**This article is according to my reading,knowledge and opinion. Other people may have different opinions and perspectives. Everything depends on how do you see and think.